Awal Muharram merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa yang penting dalam sejarah Islam iaitu memperingati perhijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Peristiwa sejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi 'Takwim Hijrah'. Namun tahun Hijrah Rasullulah S.A.W dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah. Di sekolah kami telah mengadakan pertandingan semasa awal muharram iaitu melukis dan mewarna banner dan kuiz . Pertandingan banner ini hanya dipertandingkan antara tingkatan 1 dan tingkatan 2
sahaja manakala kuiz adalah umum. Bagi pertandingan kuiz, sekolah kami tidak kesah sama ada Islam atau Non-Islam untuk menjawab soalan yang bertajukkan agama Islam. Sebelum memberi hadiah kepada para pemenang kami membuat perarakan disekeliling sekolah sambil Selawat Nabi Muhammad S.A.W.
PERTANDINGAN BANNER



No.1 No.3 No.2
PERTANDINGAN KUIZ

.
Ulasan
Catat Ulasan